Sebagai bakal jemaah pertama kali akan mengerjakan umrah, pastinya anda akan survey terpeinci dan tanyakan pelbagai agensi umrah mengenai harga pakej umrah. Namun… 

Pakej umrah Ogos 2022

Paling penting, anda perlu baca dahulu 5 PERKARA INI YANG JARANG-JARANG DICERITAKAN, barulah anda nampak jalan untuk memilih pakej umrah paling sesuai dengan anda, dengan pilihan untuk mengelakkan ketidakselesaan di tanah suci nanti.

pakej umrah 2022

(1) BERKENAAN MAKAN MINUM..

Faktor yang berkaitan dengan aktiviti makan minum boleh ‘mencuri’ masa berharga anda untuk beribadah. Keadaannya begini..

Kebiasaannya dewan makan mula dibuka selepas waktu solat fardu :

Pakej Umrah Ogos 2022

Selepas solat, jemaah biasanya terus bergegas balik ke hotel, walaupun sebaik-baiknya mengambil sedikit masa lagi untuk solat sunat, membaca al quran dan beriktikaf.   

Kenapa?

Kerana ada yang bimbang jika lewat balik;

PAkej umrah september 2022

Perkara di atas biasa berlaku terutamanya bila menginap di hotel yang lifnya tak banyak & bersaiz kecil, keluasan dewan/restoran hotel terhad, buffet makan minumnya tidak pelbagai & tempoh dewan/restoran bukanya tak lama. 

Sayang tak dapat beribadah lebih lama di masjidil haram selepas setiap waktu solat untuk mengejar pahala 100 ribu kali ganda!

Seperkara lagi…

Ada juga pakej umrah tanpa makan minum penuh, hanya sarapan pagi sahaja. Makan tengahari & malam? Anda diminta  beli sendiri. Sebenarnya beli sendiri ini akan memakan banyak masa anda, menyebabkan masa yang tinggal untuk ibadah semakin kurang. 

Nak beratur dengan ramai-ramai jemaah yang saja-saja nak makan di luar, makanan pula tak pelbagai. Kena banyak bersabar!

(2) BERKENAAN JARAK PENGINAPAN HOTEL..

Kita pastinya inginkan hotel yang paling dekat dengan Masjidil Haram. Hotel yang paling dekat pastinya menjadi rebutan jemaah, jadi tak mungkin harganya biliknya murah!  

Macam konsep ekonomi yang kita belajar, lagi banyak permintaan, lagi mahal harganya. Perkara yang sama pastinya terpakai di Mekah.

Tapi… ada yang offer hotel dekat, harga cukup rendah. Sebenarnya ada 6 persoalan di sini yang perlu diperhalusi..   

pakej umrah November 2022

(1) Adakah sah dapat menginap di hotel tersebut atau ada @setaraf? Berisiko bertukar hotel di saat akhir nak berlepas ke sana? Seperkara lagi..nama hotel yang disebut di dalam iklan umrah ada di tanah suci?

(2) Apa yang tiada dalam pakej tersebut?

(3) Termasuk makan minum? Apa bentuk hidangan – bungkus, buffet, ganti duit?

(4) Perkhidmatan lain, percuma atau berbayar semasa di sana? Ada surcaj yang menunggu?

(5) Penginapan sebilik lebih orang daripada kebiasaan? 6-8 orang sebilik?

(6) Penginapan berapa malam di Madinah, berapa malam di Mekah? Lebih hari di Madinah? 

Ada bakal jemaah yang dikejutkan dengan pertukaran hotel di saat akhir, dikenakan bayaran tambahan untuk aktiviti di sana dan makan minum yang tidak seperti dijangka yang menyebabkan ketidakselesaan sepanjang di Mekah.

(3) BERKENAAN BILIK PENGINAPAN..

Ada jemaah yang bergurau, bilik kita ni hari pertama je tuala baru, bilik kemas. Lepas tu, tuala yang sama sampai check-out :). Bilik kemas sendiri lah ye hari -hari.

Ada benarnya, kerana bergantung kepada hotel penginapan anda, ada yang tidak menyediakan perkhidmatan housekeeping, kecuali diminta.

Pakej umrah oktober 2022

Kena pulak dapat roomate yang tak rajin mana mengemas katil, memang tak selesa. Belum lagi termasuk perkhidmatan membuang sampah yang tak dibuat hari-hari, sedangkan kerap jugak aktiviti makan & minum di dalam bilik.

(4) BERKENAAN MENUNGGU BAS..

Ada juga jemaah yang tidak selesa kerana tiada tempat khusus parkir bas di hotel, terutama bila kena turun naik bas setiap hari untuk ziarah, termasuk hari ketibaan dan hari balik ke Malaysia. 

Ya betul, hampir kesemua hotel berhampiran Masjidil Haram tidak mempunyai tempat bas berlabuh di perkarangan hotel masing-masing. 

Pakej umrah Ogos 2022

Jadi jemaah terpaksa menunggu bas di tepi jalan & kemudian mengejar bas yang parking jauh daripada hotel akibat tak dibenarkan berhenti oleh Polis. Ada juga yang yang menunggu bas di parking underground, dengan bau asap yang kurang menyenangkan. 

(5) BERKENAAN MENUNGGU LIF..

Menunggu lama giliran untuk menaiki lif adalah keadaan biasa di kebanyakan hotel di Mekah, disebabkan bilangan lif hotel cuma 2-6 buah dan muat cuma 4-10 orang jemaah untuk satu-satu lif.

Antara usaha jemaah nak elakkan menunggu lebih lama, strategi balik awal daripada masjid selepas solat atau balik lewat :).

Sememangnya menjadi harapan jemaah, jika lebih cepat dapat lif untuk naik ke bilik dan ke dewan makan, lebih jimat masa dan tidak letih berdiri menunggu.

  

Pakej umrah 2022

Berita baiknya...

Dengan menyertai pakej umrah kami, penginapan di Hotel Anjum 5★ Mekah, perkara-perkara berkenaan ketidakselesaan yang telah anda baca di atas, tidak berlaku.

pakej umrah 2022

Hotel Anjum Mekah ini adalah di antara hotel yang terletak di tepi dataran Masjidil Haram, bersebelahan bangunan tambahan Masjidil Haram (sayap baru).  

Pakej Umrah November 2022

JAMINAN KAMI

Dengan pakej umrah Hotel Anjum, kami memberi jaminan anda 100% menginap di Hotel Anjum di Mekah nanti (tiada @ setaraf). Dengan 95% jemaah Malaysia di Hotel Anjum daripada Al Quds Umrah, anda diberi layanan istimewa sepanjang menjadi tetamu Hotel Anjum! 

PAKEJ UMRAH 2022
Anda tak perlu risau! Restoran Hotel Anjum luas, kerusi meja sentiasa ada untuk anda. 
  • Masakan Melayu nusantara. Pelbagai menu masakan tersedia. 
  • Ruang restoran sangat luas, memudahkan pergerakan anda.
  • Tidak bersesak untuk mengambil makanan dan minuman.
  • Banyak pilihan tempat duduk. Ambil makanan dan terus menjamu selera.
pakej umrah 2022
Al Quds Umrah & Tours
Anda tak perlu risau! Selepas solat fardu, anda boleh ambil masa solat sunat, baca al quran dan berzikir dengan tenang, sebelum balik ke hotel, kerana waktu operasi restoran Hotel Anjum cukup panjang. 
  • Tak perlu bergegas balik makan. Boleh makan dalam keadaan santai dan tenang.
  • Sarapan pagi : 6:30am – 10:30am.
  • Makan tengahari : 1:00pm – 3:30pm.
  • Makan malam : 6:30pm – 10:30pm
  • Tak ada sistem kupon di sini, anda boleh makan, naik ke bilik, kemudian turun makan sekali lagi.
Pakej umrah Ogos 2022
Anda tak perlu risau! Lif di Hotel Anjum cukup banyak, jadi tak tunggu lama nak naik lif.
  • Ada 26 buah lif yang cukup luas.
  • Anda tak berhimpit-himpit dalam lif.
  • Tak lama tunggu lif – sekejap dah naik ke bilik.
  • Memang jimat banyak masa untuk turun naik ke bilik!
Pakej umrah Ogos 2022
Anda tak perlu risau! Di Hotel Anjum, anda menunggu bas sambil duduk duduk sahaja di perkarangan Hotel Anjum.
  • Untuk setiap trip ziarah, bas menunggu anda betul-betul di perkarangan Hotel Anjum.
  • Ada sofa, boleh duduk berbual panjang dengan rakan jemaah.
  • Ruang luas dan tempat duduk banyak!
Pakej umrah Disember 2022
Anda tak perlu risau! Di Hotel Anjum, housekeeping akan mengemas bilik anda setiap hari.
Al Quds UMrah & Tours Hotel Anjum
Al Quds Umrah & Tours Hotel Anjum
  • Bilik anda serba selesa.
  • Housekeeping kemaskan setiap harituala baru pun setiap hari.
  • Nak minum teh dan kopi? Ada dalam bilik. 
  • Peti sejuk & peti keselamatan ada di bilik.
  • Tilam dan bantal lembut selesa.
  • Syampu dan sabun cukup lengkap.
pakej umrah ogos 2022

Anda masuk ikut pintu-pintu di atas, terus jumpa ruang solat yang cukup selesa. Jemaah lelaki dan wanita tidak terpisah jauh, tempat solat luas dan al Quran disediakan di banyak tempat. 

pakej umrah ogos 2022

Di tengah laluan ke masjid, ada laluan khas jemaah berkerusi roda, terus naik ke tingkat 1, tanpa guna tenaga yang banyak. 

pakej umrah hujung tahun 2022

Jika nak solat di dataran Kaabah, anda boleh masuk melalui pintu no. 74, hanya 80m sampai ke depan Kaabah. Tempat solat luas tersedia untuk jemaah lelaki dan wanita.

PAKEJ UMRAH HOTEL ANJUM 2022/2023

Jika anda perlukan penerangan lengkap segera berkenaan pakej umrah kami, sebelum anda membuat pilihan, sila hubungi cawangan atau agen jualan kami berdekatan anda

pakej umrah 2019
al quds umrah

IBUPEJABAT (KPL:3017)
AL QUDS UMRAH & TOURS (M) SDN BHD

350, Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bharu
Kelantan

013-3003030 (Hotline)