MASJID HUDAIBIYAH

  πŸ•Œ Masjid ini terletak kira-kira 22km dari kota Mekah dan bersempadan dengan tanah haram. Ia juga merupakan salah satu di antara lokasi miqat yang sering dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah.

πŸ“Έ Kawasannya tidak begitu luas. Tidak seperti tiga tempat miqat lainnya, Bir Ali, Taniem dan Ji’ranah, yang memiliki masjid yang besar dan selesa serta kawasan parking yang luas juga bilik air yang mencukupi. Di Masjid Hudaibiyah ini kawasannya agak kecil, parking seadanya dan bilik airnya pun terhad.

🎠 Namun demikian, jemaah yang bermiqat di Masjid Hudaibiyah bukan sekedar berniat ihram, tapi juga dapat mengimbas rentetan perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat  ketika hendak melaksanakan umrah ke Mekah pada tahun keenam hijrah.

  Hudaibiyah sangat sinonim dengan peristiwa Perjanjian Ridwan (Bai`atul Ridwan) juga dikenali dengan Perjanjian Hudhaibiyah   antara pihak Muslim Madinah (yang dipimpin Rasulullah SAW) dengan pihak Quraisy Mekah. Sebagaimana diabadikan dalam Alquran (QS Al Fath ayat 24). Perjanjian itu dilaksanakan di sebuah daerah bernama Hudaibiyah pada bulan Dzulqa’dah 6 Hijriah.

πŸ‘Bersama Alquds Umrah & Tours para Jemaah juga berpeluang melawat Muzium Mekah dalam perjalanan pulang dari hudhaibiyah,peluang ini menjanjikan pengalaman yang menarik sepanjang tempoh perjalanan umrah anda bersama Alquds Umrah & Tours.

#Temanseperjalanananda

#kitajagakita

#infomasjid hudhaibiyah

#umrahalquds&tours

#temanumrahanda

#umrahbersamalquds

#umrahtemanseperjuangananda