Ho Chi Minh 4H3M

Harga: RM690 Seorang (Tanpa Tiket Penerbangan)
Minima 10 Orang | Tarikh: Terbuka

Ho Chi Minh yang dulu dikenali dengan nama Saigon merupakan kota yang paling padat populasinya di negara Vietnam. Sebuah kota yang mempunyai dua wajah, dari hotel terbaik kepada rumah tumpangan termurah, dari restoran kelas pertama kepada gerai jalanan, dari butik pilihan kepada pasar yang sesak. Tarikan utama Ho Chi Minh adalah kesan-kesan tinggalan sejarah khususnya Perang Vietnam serta pusat-pusat membeli-belah yang kian menjadi tumpuan serantau. Pastikan anda tetapkan tarikh pilhan anda pada tahun ini untuk mengunjungi Ho Chi Minh bersama Al-Quds Travel.

Pakej Harga Termasuk

Penginapan berserta sarapan pagi.
Pengangkutan & tiket masuk ke tempat-tempat lawatan.
Pemandu pelancong berbahasa Melayu / Inggeris.
Hidangan tengahari & malam.

Pakej Harga Tidak Termasuk

Cukai lapangan terbang.
Caj lebihan berat bagasi.
Tips untuk pemandu pelancong
Bayaran visa.
Butiran yang tidak dinyatakan.

Aturcara Perjalanan
Hari Pertama
Ketibaan di Tan Son Nhat International Airport.
Melawat tempat-tempat tarikan pelancong di sekitar Ho Chi Minh seperti Presidential Palace, Notre Dame Cathedral, Old Saigon Post Office & War Museum.
Hari Kedua
Meneroka keunikan Cu Chi Tunnels, terowong bawah tanah yang digunakan oleh pasukan gerila Vietnam ketika perang. Ia meliputi kawasan yang sangat luas serta laluannya yang kompleks.
Makan tengahari serta persiaran ringkas di sekitar tepian Sungai Saigon.
Berkunjung ke Ben Thanh Market & Thien Hau Pagoda di Chinatown.
Makan malam di restoran terapung.
Hari Ketiga
Melawat Mekong Delta.
Persiaran menaiki bot sepanjang sungai yang dikelilingi tanaman sayuran serta buahan eksotik sekitar Thoi Son Island.
Melawat Vinh Trang Pagoda.
Hari Keempat
Menghabiskan masa kosong di sekitar hotel sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.