Dubai 5H4M

Percutian di Dubai, salah satu daripada tujuh emiriyah yang bersatu di bawah negara UAE. Dubai kian terkenal dengan kemajuan ekonomi dan pembangunannya. Antara tarikan utama Dubai ialah senibina-senibinanya yang unik dan mencakar langit selain pantainya yang indah. Walaupun pesat dengan kemajuan, Dubai masih memiliki sisi tarikan yang lain seperti rekreasi, kebudayaan, landskap, makanan dan membeli-belah. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk meneroka kotaraya Dubai di tahun ini.

Pakej Harga Termasuk

Tiket penerbangan kelas ekonomi dari Kuala Lumpur / Bandar Seri Begawan / Kuala Lumpur termasuk semua cukai lapangan terbang dan surcaj
Penginapan hotel untuk 4 malam
Makan minum, 03 sarapan pagi + 03 makan tengahari + 03 makan malam di hotel atau semasa aktiviti tour
Pengangkutan semasa tiba dan berlepas ke lapangan terbang
City Tour Dubai separuh hari dengan pemandu pelancong yang professional
Dhow Dinner Cruise
Desert safari
Dubai Shopping Tour separuh hari
Semua aktiviti disediakan pengangkutan seperti bas / van dilengkapi penghawa dingin
Welcome letter semasa tiba di Dubai berserta air mineral

Pakej Harga Tidak Termasuk

Cukai lapangan terbang.
Caj lebihan berat bagasi.
Tips untuk pemandu pelancong
Bayaran visa.
Butiran yang tidak dinyatakan.

Aturcara Perjalanan
Hari Pertama
Berlepas dari Kuala Lumpur ke Brunei (Bl 872) pada 1155hrs / 1415hrs.
Transit Selama 5jam 5 minit
Berlepas dari Brunei ke Dubai (Bl 097) pada 2055 / 0140 + 1 Hrs
Tiba di Dubai International Airport At 0005 + 1hrs
Bertemu dengan pemandu pelancong dan check-in hotel, bermalam.
Hari Kedua

City tour untuk mengenali Bandar Dubai yang terkenal dengan arkitek bangunan yang moden. Bermula dengan bangunan Burj Al Arab , kemudian singgah di The Palm Jumeirah. Setelah itu, dibawa ke pusat marina iaitu Bandar terusan yang terbahagi sepanjang 2 batu sehingga Persian Gulg Shoreline. Perhentian seterusnya ialah di Souq Al Bahar, terletak di Old Town berdekan dengan menara Burj Khalifa menara tertinggi di dunia. Bertemakan pasar tradisional masyarakat Arab. Anda boleh bergamabr berlatar belakangkan menara Burj Khalifa yang mencakar langit. Berjalan-jalan sekitar Pusat membeli-belah Dubai untuk mendapatkan lokasi yang menarik untuk bergambar dan kemudian dibawa ke pasar terbuka penjualan emas.

Mengenali kehebatan Bandar ‘City of Lights’ yang dibahagi kepada dua daerah, Dubai Bandar yang mempunyai aliran kesempurnaan. Disini, keajaiban sofistikated abad ke- 21 bermula dari era yang lalu. Menaiki dhow tradisional menghidupkan suasana Dubai sebelum era membangun. Dhow kemudian bergerak ke sungai bersejarah Dubai dimana Al Faris Dhow menyediakan hidangan makan malam sambil berlayar. Diatas pelayaran, disediakan kopi Arab , kurma dan minuman selamat datang serta buffet makan malam. Makan malam diatas kapal layar selama 2 jam dihiburkan dengan muzik tradisional Arab bersama cerita-cerita sejarah tentang Dubai dari dahulu, kini dan masa akan datang.

Hari Ketiga

Dubai Shopping tour bemula dengan pusat membeli-belah dan pasar yang sesuai untuk menjimatkan masa dan beli-belah secara berhemah serta tidak dikenakan cukai. Aktiviti diberi selamanya 5 jam dan dibawa ke pusat memebli belah berikut Dubai Gold Souk -Mina Bazaar dan Dubai mall.

Merasai pengalaman sebenar di padang pasir dengan pemandu safari professional yang memandu sekitar padang pasir yang bergelora. Kemudian dibawa ke tapak perkhemahan kaum Badwi ditengah padang pasir. Minuman selamat datang iaitu kopi Arab dan kurma disediakan. Juga minumkan ringan, teh dan air mineral juga tersedia sambil melihat cara menaiki unta. Kaum wanita boleh mencuba melukis inai ditangan. Kemudian menyaksikan tarian gelek Arab sambil menikmati hidangan buffet BBQ.

Hari Keempat
Pilihan Aktiviti:
(dikenakan tambahan lain – akan diberitahu sebelum membuat tempahan)
– Ferrari World Abu Dhabi (dari pukul 08:00 pagi hingga 22:00 pm)
– Dubai Dolphinarium show (persembahan pada 11:00 am atau pada 18:00 pm)
– Wild Wadi Water Park
Hari Kelima
Check out dari hotel pukul 01:30 pagi dan dibawa ke lapangan terbang untuk berlepas.
Berlepas dari Dubai International Airport ke Brunei (Bl 098) pada 0535 /1730hrs. Transit selama 1jam
Berlepas dari Brunei ke Kuala Lumpur International Airport (Bl 873) jam 1845hrs/ 2100hrs.