DARUL ARQAM BIN ABI AL-ARQAM

📜Menelusuri sejarah penyebaran dakwah Baginda dalam Islam, ia dimulai dengan penyebaran secara rahsia dengan menyebarkan kepada mereka yang rapat seperti ahli keluarga.

🚶🏻Apabila Islam dilihat boleh diterima dalam kalangan mereka, Allah telah menurunkan wahyu untuk menyebarluaskan lagi Islam, Nabi Muhammad mula untuk menyampaikannya kepada golongan hamba dan ahli keluarga para sahabat yang terawal memeluknya.

🔃Proses dakwah Baginda yang kedua ini adalah sebelum Islam disebarluaskan secara terbuka dan digelar sebagai sistem dakwah berpusat.

🌐Strategi dakwah ini telah dilakukan di rumah Al-Arqam sebagai pusat penyebaran dakwah yang pertama sekali gus ia menjadikan tempat orang Islam berkumpul.

🏠⛰️Rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam Al-Makhzumi terletak di atas Bukit Safa. Kedudukannya yang agak terpencil menjadikan ia tempat yang selamat daripada ancaman kaum Musyrikin Mekah.

👳🏻‍♀️Al-Arqam merupakan antara sahabat terawal yang memeluk Islam. Malah, dikatakan beliau merupakan penganut Islam yang ketujuh dalam kalangan as-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terawal) mengucapkan kalimah syahadah.

👴🏻🧓🏻Bapanya ialah Abd Manaf ibn Asad atau lebih dikenali sebagai Abi Al-Arqam dan ibunya ialah Umama binti Al-Harith.

👦🏻Menurut sejarah, beliau telah mula memeluk Islam ketika berusia 16 tahun. Al-Arqam yang berasal daripada Bani Makhzum dianggap sebagai pemuda mentah oleh golongan kafir Quraisy.

🏚️🚫Disebabkan itu, tiada sesiapa yang terfikir rumah beliau dijadikan sebagai tempat berkumpul umat Islam dan penyebaran dakwah. Malah, keislaman beliau juga tidak diketahui oleh golongan kafir tersebut.

📍Oleh hal yang demikian, Baginda dan para sahabat telah memanfaatkan sepenuhnya rumah beliau dan menjadikan ia sebagai tempat yang strategik.

☪️Rumah Arqam juga disebut sebagai Darul Islam (Rumah Islam) dan ia merupakan madrasah pertama yang terbentuk.

👨‍👦Beliau telah memeluk Islam setelah diajak dan didakwah oleh Abu Bakar RA dan merupakan salah seorang sahabat yang menyertai hijrah ke Madinah.