Chalet Atas Air Lembah Temir, Raub

Musim panas ni memang best kalau berendam dalam air. Lebih-lebih lagi air terjun. Memang rasa nak berendam sampai malam. Nak rasa suasana sejuk yang mendamaikan ? Pergilah bercuti di Chalet Atas Air di Lembah Temir, Raub. Tempat ni jauh masuk ke ladang kelapa sawit dan getah.  Jadi, bagi mereka yang nak bercuti menenangkan fikiran eloklah bawa diri jauh menikmati keindahan alam semulajadi. Memang sesuai sangat bagi mereka yang nak lari dari kesibukan bandar.