Chiangmai Chiangrai 4H3M

Harga: RM770 Seorang (Tanpa Tiket Penerbangan)
Minima 10 Orang | Tarikh: Terbuka

Chiang Mai adalah sebuah karya identiti budaya Utara Thailand yang terdiri dari pelbagai dialek, masakan lazat, seni bina tersendiri, nilai-nilai tradisional, perayaan-perayaan yang meriah, kraftangan dan kebudayaan klasik. Ia juga kaya dengan anugerah sumber asli seperti gunung, air terjun dan sungai. Kehadiran banyak suku bukit yang mempunyai pelbagai budaya yang unik meningkatkan kepelbagaian tersendiri Chiang Mai. Dengan pelbagai tarikan dan pilihan, Chiang Mai adalah destinasi di mana pelancong mewah mahupun bajet rendah boleh menikmati percutian Thailand yang mengagumkan.

Pakej Harga Termasuk

Penginapan berserta sarapan pagi.
Pengangkutan & tiket masuk ke tempat-tempat lawatan.
Pemandu pelancong berbahasa Melayu / Inggeris.
Hidangan tengahari & malam.

Pakej Harga Tidak Termasuk

Cukai lapangan terbang.
Caj lebihan berat bagasi.
Tips untuk pemandu pelancong
Bayaran visa.
Butiran yang tidak dinyatakan.

Aturcara Perjalanan
Hari Pertama
Sejurus ketibaan, melawat Doi Suthep Temple yang terletak di barat bandar Chiangmai dengan pemandangan yang indah & mengagumkan. Ia memiliki binaan-binaan yang unik serta ketinggian sehingga 929 kaki atas paras laut yang boleh didaki melalui 300 anak tangga atau menaiki tram car.
Menikmati hidangan makan malam laksa Thai sambil menyaksikan persembahan kebudayaan Lanna-Style Performance.
Hari Kedua
Berkunjung ke Elephant Camp di Natural Park yang mempertontonkan persembahan gajah-gajah yang menarik & menghiburkan.
Menonton persembahan perlawanan antara manusia & ular serta Monkey Show yang di mana monyet-monyet memperlihatkan bakat-bakat mereka yang mengagumkan.
Melawat Orchid & Butterfly Farm.
Berkunjung ke San Kham Pang Village (Home Industries) yang menjadi pusat kraftangan tradisional seperti Gems Gallery, Honey Shop, Leather Factory dan produk makanan kesihatan.
Hari Ketiga
Bertolak ke Chiangrai.
Berkunjung ke Wmae Kajang Hotspring & White Temple (Rong Khun Temple).
Melawat The Golden Triangle yang merupakan persimpangan antara Sungai Mekong & Sungai Kong yang menjadi pintu sempadan 3 negara – Thailand, Myanmar & Laos.
Melawat Mae Sai, bandar di utara Thailand yang hanya dipisahkan oleh sebuah jambatan ke negara Myanmar. Di sini terdapat pelbagai koleksi barangan & cenderamata Myanmar.
Bertolak ke Chiangmai.
Hari Keempat
Menghabiskan masa kosong di sekitar hotel sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.