Caravan New Zealand 8H7M

Tawaran istimewa untuk anda di penghujung tahun ini yang menawarkan pengalaman percutian yang berbeza di negara New Zealand yang terkenal dengan landskap pemandangan semulajadi yang mengagumkan. Nikmati keindahan alam yang menjadi tumpuan dunia serta pernah menjadi lokasi filem-filem antarabangsa.

Lebih menarik anda bakal meneroka tempat-tempat indah ini dengan perjalanan melalui pemanduan sendiri caravan atau motorhome. Perjalanan yang mendamaikan serta mencabar di sesetengah lokasi memberikan satu dimensi baru dalam percutian anda. Anda juga berpeluang mengikuti lawatan ke lokasi-lokasi menarik serta aktiviti-aktiviti menyeronokkan. Rancangan percutian anda ke New Zealand bersama Al-Quds Travel hari ini. Tempah sekarang.

Pilihan TarikhHarga TermasukHarga Tidak termasuk
30 November – 6 Disember 2015
Sewaan Caravan untuk 7 hari;
Pengangkutan pergi & balik Airport-Hotel-Depot;
Insuran penuh Caravan;
Team konvoi berpengalaman;
Gas memasak;
GPS;
Walkie-talkie untuk setiap caravan;
Tourism radio;
Supermarket discount card;
Kerusi & meja piknik;
Kit melancong & bagpack;
Panduan pelancongan South Island NZ untuk Muslim;
Peralatan lengkap Caravan;
Penginapan satu malam di Christchurch;
Sewaan tapak bermalam di Holiday Park.
Kos bahan makanan;
Kos diesel (anggaran RM1000 – 1200);
Insuran perjalanan.
Aturcara Perjalanan
Hari Pertama
Tiba di Christchurch;
Disambut oleh Krew Caravan;
Daftar masuk hotel pilihan anda (tanggungan sendiri);
Bersiar-siar di bandar Christchurch.
Hari Kedua
Daftar keluar & dibawa ke Depot Motorhome;
Penyerahan & taklimat pemanduan Caravan;
Membeli barangan memasak di Westfield Riccarton;
Makan tengahari di restoran halal (tanggungan sendiri);
Memulakan perjalanan melalui kawasan ladang & ternakan;
Tiba di Lake Tekapo, tasik besar berwarna kebiruan turqoise;
Bermalam di Holiday Park Lake Tekapo dengan menikmati kedamaian & keindahan tepisan tasik.
Hari Ketiga
Bergerak ke Lake Pukaki sebelum ke Puzzle World Wanaka yang menempatkan Giant Maze, 2D Illusion Rooms & pelbagai permainan menguji minda;
Makan tengahari (tanggungan sendiri);
Mneruskan perjalanan ke Queenstown;
Bermalam di Holiday Park Queenstown.
Hari Keempat
Aktiviti menyeronokkan yang menguji kemahiran seperti Skyline Cable Car, Luge, Sky Diving, Jet Shotover, Bungee Jumping & lain-lain;
Bergerak ke Te Anau & bermalam di Holiday Park Te Anau.
Hari Kelima
Bergerak awal pagi ke Milford Sound (2 jam 30 minit) melalui jalan yang mencabar tetapi menyeronokkan sambil menikmati keindahan landskap semulajadi New Zealand yang mengagumkan;
Sebaik ketibaan, peluang untuk menaiki cruise menghayati keindahan alam semulajadi yang sukar ditemui di destinasi lain (tanggungan sendiri);
Meneruskan perjalanan ke Invercargrill (2 jam 30 minit) setelah selesai makan tengahari.
Hari Keenam
Aktiviti lawatan yang menarik dengan melihat hidupan liar seperti penguin, singa laut, anjing laut, burung albatros & lain-lain serta berkunjung ke satu-satunya istana di New Zealand;
Menaiki keretapi melalui kawasan pergunungan & tasik-tasik yang indah;
Bergerak ke Timaru & jika berkesempatan berpiknik di pesisiran pantai sebelum meneruskan perjalanan;
Bermalam di Holiday Park Timaru.
Hari Ketujuh
Bergerak pulang ke Christchurch;
Penyerahan Caravan di Depot Motorhome;
Pulang ke Kuala Lumpur dengan pengalaman & memori yang indah.