Bali 4H3M

Harga: RM699 Seorang (Tanpa Tiket Penerbangan)
Minima 10 Orang | Tarikh: Terbuka

Bali, pulau percutian yang terkenal dengan landskap yang berbeza-beza, bukit dan gunung, garis pantai yang berbatu, pantai berpasir, teres padi yang subur serta lereng bukit gunung berapi semua menyediakan latar belakang yang indah. Tidak ketinggalan, budayanya yang berwarna-warni, tarikan sejarah dan arkeologi. Bali merupakan antara destinasi paling popular di dunia dan konsisten memenangi anugerah pelancongan. Jangan ketinggalan meneroka khazanah pelancongan di Bali bbersama Al-Quds Travel.

Pakej Harga Termasuk

Penginapan berserta sarapan pagi.
Pengangkutan & tiket masuk ke tempat-tempat lawatan.
Pemandu pelancong berbahasa Melayu / Inggeris.
Hidangan tengahari & malam.

Pakej Harga Tidak Termasuk

Cukai lapangan terbang.
Caj lebihan berat bagasi.
Tips untuk pemandu pelancong
Bayaran visa.
Butiran yang tidak dinyatakan.

Aturcara Perjalanan
Hari Pertama
Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai International Airport, Bali.
Menikmati hidangan BBQ makanan laut di Jimbaran.
Hari Kedua
Persiaran seharian di tempat-tempat paling popular di Bali.
Berkunjung ke Perkampungan Celuk yang terkenal dengan barangan emas & perak, Perkampungan Mas yang terkenal dengan pertukangan kayu serta Perkampungan Ubud yang digelar ‘home of Bali’s famous artists’.
Melawat Elephant Cave & Tampaksiring Holy Spring.
Meneroka pemandangan yang indah & mengagumkan di sekitar pergunungan gunung berapi aktif & Lake Batur.
Melawat Masjid Asasut di Tuban Area.
Hari Ketiga
Melawat Royal Temple Taman Ayun sebelum meneruskan persiaran ke Bedugul, perkampungan kecil di tepian Tasik Beratan.
Berkunjung melihat keunikan binaan Ulun Danu Temple di Candi Kuning, sebuah pekan Muslim beberapa kilometer di utara Bedugul.
Berkunjung ke Tanah Lot yang merupakan lokasi di Bali yang sangat terkenal & paling kerap diabadikan dalam fotografi untuk menggambarkan Bali.
Hari Keempat
Menghabiskan masa kosong di sekitar hotel sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.