🕋 Binaan Kaabah, merupakan kiblat bagi umat Islam seluruh dunia terletak di Masjidil Haram Mekah. Ia merupakan bangunan yang sentiasa dikunjungi umat islam untuk beribadah disana.
🕋 Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim alaihissalam adalah seperti berikut: ” Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci ” Dinding Hatim adalah 33 kaki ” Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki ” Dinding Barat adalah 46.5 kaki.
🕋 Kemudian ianya berlaku beberapa kali pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Semasa pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish, Rasulullah sendiri mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula itu.Ianya terjadi sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.Adapun ukurann hari ini mengikut sukatan metriknya adalah 12 x 10 x 15.
🕋 Sesungguh bagi kaabah ini ada beberapa nama yang lain sebagaimana di catatkan dalam alquran.
1️⃣Kaabah : dalam Surah al-Maidah ayat 97. “Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia, dan (demikian pula) bulan Haram, had-ya, qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu tahu, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahwa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Dinamakan Kaabah kerana ketinggiannya dari tanah, bentuknya yang empat segi dan ia terpisah dari bangunan lain.
2️⃣ Al-Bait : Surah Ali imran ayat 96 “Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.”
nama albait ini juga terdapat dalam beberpa ayat pada surah yang lain. Ia bermaksud rumah, iaitu rumah Allah.
3️⃣Baitu Al Atiq : iaitu rumah yang lama – dalam Surah Al hajj 29. “Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan melakukan thawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah).” 4️⃣ Al-Bait al-Haram : iaitu rumah suci (kerana diharamkan padanya pelbagai perkara) – dalam surah al-Maidah ayat 97. “Allah telah menjadikan Ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia, dan (demikian pula) bulan Haram, had-ya, qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu tahu, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahwa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
5️⃣Al Bait Al Makmur : Surah At Tur 4 “Dan demi Ka’bah yang dimakmurkan oleh orang-orang haji, para peziarah dan hamba-hamba untuk beribadah kepada Allah.” (Tafsir Al-Wajiz / Syaikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili)
6️⃣Al Bait Al Muharram* : ianya membawa maksud pengharaman berlakunya sebarang pencerobohan terhadapnya. Surah Ibrahim ayat 37 “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya.”