CUTI-CUTI VIETNAM 

HO CHI MINH 4H3M - Dengan Harga Terendah
Anda kaki shopping? Jika ya, Ho Chi Minh satu kemestian! Macam-macam barangan boleh anda pilih, harga murah & yang penting boleh tawar menawar pulak tu. Anda juga kami bawa ziarah ke destinasi bersejarah, juga ke destinasi ala-ala kampung untuk anda mencuba pelbagai perkara baru. Anda pastinya akan bawa pulang kenangan manis, beratus gambar dan pastinya shopping bag yang dipenuhi dengan barangan-barangan Made in Vietnam. Hanya melalui kami, trip anda selesa, selamat dan tanpa risiko yang tidak anda jangkakan.

Ke mana akan kami bawa anda sepanjang di Ho Chi Minh?

Ke Ben Thanh Market satu kemestian! Jangan tak percaya, jurujual kat sini ada yang fasih berbahasa melayu. Apa yang boleh anda beli? Macam-macam, mungkin anda nak beli telekung sebagai hadiah kepada keluarga atau untuk jual balik! Silakan masuk.

Ke Chu Chi Tunnel. Di terowong peperangan ni, anda dapat merasai sendiri pengalaman askar Vietcong dulu dulu merangkak dalam gelap, penuh misteri. Kalau tak berani, berselfie ajelah ya!

Ke Mekong Delta. Anda kami bawa naik bot di Sungai Mekong, menuju ke pulau kecil di Thoi Son untuk makan pelbagai buah-buahan bermusim, gula-gula kelapa (jadi bebudak baliklah ya), minum teh madu longan, dengar lagu-lagu rakyat tradisional & melawat kehidupan tempatan. Nak shopping kraftangan? Sini banyak barang anda boleh beli!

 

Ke Post Office. Eh, bukan nak minta anda pos surat, tapi bawa anda berselfie dan berwefie depan pejabat pos klasik ini. Penuhkan FB dan Whatsapp group anda dengan selfie anda!

PAKEJ TERMASUK...

HARGA & JADUAL PENERBANGAN

TARIKHHARGA (RM)JENISPENERBANGAN
11-15 JULY 20171350FullboardAIR ASIA
21-24 JULY 20171490FullboardAIR ASIA
26-29 AUG 20171390FullboardAIR ASIA
14-17 SEPT 20171690FullboardAIR ASIA
09-12 DEC 20171390 ex KUL

 

Kongsikan berita ini...Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on Google+