Terima kasih kerana melayari pautan yang diberikan kepada anda ini.

 

Ianya mungkin diberikan oleh sahabat-sahabat Al Quds yang merupakan jemaah kami, affiliate, wakil jualan, pembimbing umrah atau mutawif kami kepada anda.  Tentunya mereka ingin membantu anda yang tercari-cari agensi yang boleh dipercayai untuk membawa anda ke tanah suci.

 

Kami di Al Quds Travel bersedia menunaikan impian anda ke tanah suci tercapai.

  • Anda boleh bersandarkan kepada pengalaman kami selama 17 tahun membimbing jemaah ke tanah suci.
  • Anda akan dibimbing oleh mutawwif yang terpilih, berkebolehan berbahasa Arab, berilmu tentang ibadah umrah dan akan terbang bersama anda dari KLIA .
  • Anda secara asasnya boleh menunaikan umrah dengan hanya perbelanjaan minima, kerana anda tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan sepanjang di tanah suci.
  • Kami membawa anda menunaikan umrah secara terbimbing sebanyak 3 kali, namun jika anda ingin ke Tanai’em sewaktu hari bebas, kami menyediakan bas secara percuma.
  • Anda akan dibimbing sepenuhnya dengan ilmu umrah melalui kursus umrah percuma yang boleh anda hadiri sekerap yang anda mahukan.
  • Harga yang kami pamerkan adalah harga yang telus, anda tidak akan dikejutkan dengan kos-kos yang tersembunyi.
  • Kami mengutamakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda, jadi kami tidak mengamalkan strategi ‘harga yang terendah, anda mendaftar, dan kemudian dikejutkan dengan tambahan harga pada saat akhir’.

Jadi, kami mempersilakan anda untuk meneroka Pakej Umrah Awal Musim Sejuk 2017, Pakej Umrah Cuti Sekolah Akhir Tahun 2017 dan Pakej Umrah 2018 kami.