LANGKAH 1 –PEMILIHAN TARIKH

Terlebih dahulu anda perlu memilih tarikh umrah yang sesuai dengan keperluan anda. Setelah anda membuat pilihan tarikh yang dikehendaki, anda boleh mendaftarkan diri dengan mengisi borang pendaftaran online yang disediakan bersebelahan jadual umrah. Proses dokumentasi akan diuruskan oleh cawangan kami atau wakil-wakil kami yang dilantik di setiap negeri.

Ibu Pejabat (Kota Bharu, Kelantan)

Wisma Al Quds 650
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09 747 9999

Selangor

(KPL/LN 3656/2)
No 1-32 Jalan 8/35 Seri Bangi, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel : 03-8920 9000 Faks : 03-8920 9998
HP : 013 945 5000 / 011 1990 4000

Pahang

(KPL/LN 3656/4)
A45 Block B 1st Floor,
Kuantan Perdana 1, Jalan Tun Ismail 1,
25000 Kuantan, Pahang.
Tel : 09 517 3131 / 09 512 4000
Faks : 09 517 3223
TEL : 019 917 9000 / 010 532 2000

Terengganu

(KPL/LN 3656/5)
No 7 Aras 1, Pusat Komersil Cabang 3,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel : 09-620 5555 / 011 1060 9000
/ 011 1070 9000 / 011 1080 9000

Sabah (Tawau)

(KLP/LN 3656/3)
TB 4512 Block D, Ba Zhong
Commercial Centre, 91000 Tawau, Sabah.
Tel: 089 773 444 Faks : 089 761 444
HP : 011 1990 2000

Sabah (Kota Kinabalu)

(KPL/LN 3656/6)
No A-2-7, 2nd Floor, Block A,
Sulaman Sentral, Jalan Sepangar Bay,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel : 088 473 222
HP : 014 832 7000 / 014 823 2000

**********

Nombor HOTLine : 010-5057000

**********

LANGKAH 2 –PEMBAYARAN DEPOSIT

Setiap tempahan bagi pakej umrah dikira sah dengan pembayaran deposit. Bayaran penuh perlu dijelaskan dalam masa 45 hari sebelum penerbangan.

Bayaran boleh dibuat melalui Kaunter Bank, Mesin Deposit Maybank atau Secara Online Banking atau mengunjungi mana-mana pejabat kami berdekatan anda.

Nama Akaun AL QUDS UMRAH & TOURS (M) SDN BHD
Bank Maybank Islamic (Jln Mahmood)
No Akaun 5530 1061 8213
Jumlah Deposit Bergantung kepada jenis pakej

Anda boleh membuat bayaran melalui interbank transfer dari mana-mana bank, internet banking atau ATM.

LANGKAH 3 –PENGESAHAN BAYARAN

Setelah bayaran dibuat, sila buat pengesahan bayaran dengan menghubungi pegawai umrah kami.

LANGKAH 4 –PENYEDIAAN DOKUMEN

Untuk membuat permohonan visa ke Arab Saudi, para jemaah wajib menyediakan:

  1. Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 6 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
  2. Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki: Tidak bersongkok / Wanita: Bertudung)
  3. Buku/Surat suntikan meningitis ACYW135.
  4. Dokumen tambahan mengikut keperluan berdasarkan Jadual Mahram dan Dokumen

Kesemua dokumen ini perlu diserahkan ke pejabat Al Quds 45 hari sebelum hari penerbangan.

Untuk umrah Ramadhan, serahan dokumen 45 hari sebelum 1 Ramadhan.

LANGKAH 5 –PENYERAHAN DOKUMEN

Para jemaah perlu menyerahkan dokumen yang tersebut di atas selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berangkat.

CARA-CARA MENGHANTAR DOKUMEN

  1. Jemaah boleh menyerahkan dokumen kepada kakitangan Al Quds semasa menghadiri kursus umrah di masjid dan surau terlibat.
  2. Menyerahkan dokumen kepada cawangan yang berdekatan anda.
  3. Untuk jemaah yang tidak berada berdekatan lokasi mana-mana pejabat Al Quds, anda boleh menghubungi Bahagian Umrah Al Quds Travel HQ, Tel: 09-7479999, untuk mendapatkan panduan lanjut.

PERTANYAAN

PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi BahagianUmrah Al Quds Travel HQ, Tel: 09-7479999.