MAKLUMAT AM – PAKEJ UMRAH

KETERANGAN HARGA

HARGA PAKEJ TERMASUK:

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi.
  • Cukai Lapangan Terbang dan Surcaj bahan api.
  • Visa Umrah tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi.
  • Penginapan, makan dan minum seperti yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Lawatan ke destinasi seperti di aturcara.
  • Umrah 3 kali bersama mutawwif.
  • Beg kabin, beg sangkut, uncang kasut, botol air wuduk& buku panduan dan doa umrah.
  • Pelan takaful bagi kematian dan kemalangan berkelompok.
  • Tertakluk kepada pihak berkuasa Arab Saudi, setiap jemaah (kecuali bayi) akan menerima 5 liter zam-zam secara percuma. Walaubagaimanapun Al Quds tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Arab Saudi ke Malaysia.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  • Gantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan.
  • Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang dan di hotel.
  • Bayaran tambahan lebihan timbangan bagasi.
  • Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan
  • Bayaran visa tambahan SR2000.00 sekiranya terlibat dengan syarat-syarat visa.

PERLINDUNGAN TAKAFUL/INSURANS

Pakej umrah Al Quds adalah termasuk Pelindungan Pelan Insurans Takaful Bekelompok

Tertakluk kepada syarat-syarat Takaful Ikhlas. Perlindungan adalah terhad kepada maksima 40 hari dari tarikh penerbangan.

Notis: Pelan takaful ini tidak melindungi jemaah daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan atau kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi sepanjang perjalanan.

Anda boleh juga mendapatkan mendapatkan Perlindungan Takaful Peribadi yang menawarkan perlindungan sepanjang tempoh umrah oleh syarikat pengendali takaful terpilih melalui Al Quds Travel Sdn Bhd. Sila hubungi Bahagian Umrah kami.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN VISA UMRAH DAN ZIARAH

 

NOTA

  • Surat Izin (Letter of Consent) dalam bahasa Inggeris.
  • Pengesahan dari JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh di buat di mana-mana cawangan.
  • Pengesahan dari Pejabat Agama Islam boleh di buat di mana-mana pejabat agama bahagian Nikah, Rujuk, Cerai sahaja.

Pengesahan dokumen dari Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) boleh di buat di:

 

Lain-Lain (Syarat-Syarat Terkini)

  1. Wanita dibawah 45 tahun dan lelaki dibawah 18 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur 19 tahun ke atas.
  2. Jemaah lelaki /perempuan bawah 18 tahun, Ibu dan bapa mesti pergi.
  3. Jemaah wanita berumur 45 tahun tidak boleh mohon visa WOMEN GROUP. Women Group hanya boleh untuk Jemaah berumur 46 tahun ke atas.
  4. Peraturan Visa Umrah kali ke-2 berkuatkuasa untuk jemaah yang pernah berumrah pada Dis 2013 dan ke atas.
  5. Consent letter – Hanya boleh diberi oleh sebelah bapa kandung sahaja. (bapa kandung, datuk sebelah bapa kandung, adik lelaki kandung dan bapa saudara sebelah bapa kandung)

SEMAKAN SEKATAN PERJALANAN

Peserta / jemaah yang ingin keluar negara boleh menyemak sendiri jika terdapat sebarang sekatan ke luar negara dengan melayari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia: http://sspi2.imi.gov.my/

PEMBATALAN PAKEJ

Permohonan pembatalan tertakluk kepada 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut:

Perkara 3.2.1:

Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

Perkara 3.2.2:

  • 22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas – pelucutan deposit pelancongan
  • 15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas – 35% daripada tambang pelancongan
  • 08-04 hari bekerja sebelum tarikh berlepas – 50% daripada tambang pelancongan
  • 03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas – 75% daripada tambang pelancongan
  • 02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas – 100% daripada tambang pelancongan